Persamaan Budaya Kelantan Dengan Jawa

Harituh terbaca perkongsian Pak Mohd Nawawi tentang persamaan budaya Pantai Timur khususnya Kelantan dengan Jawa.
Ini adalah tulisan beliau di laman Facebook.

Persoalannya, benarkah budaya Pantai Timur ini sama seperti budaya Jawa?
"Tak Nampak Sama Pun!"
Biasanya orang Jawa Malaysia akan cuba membuat perbandingan dari kacamata Johor vs Kelantan ataupun Selangor vs Kelantan.
Tapi sudah tentulah tak nampak persamaannya. Yang ketara adalah perbezaan sebab Johor & Selangor ini cuma satu juzuk kecil jer dari jutaan orang Jawa yang wujud di dunia nih.
Dan pertukaran budaya antara Negeri-Negeri di Pantai Timur dengan Jawa sudah berlaku sekian lama. Pertukaran itu belaku secara terus dengan Pulau Jawa. Dan bukan Johor mahupun Selangor yang menjadi perantaranya.
Persamaan antara budaya Jawa dengan budaya Pantai Timur ini sudah sering dikongsikan oleh ahli sejarah, Prof Emiritus Ahmed Adam dalam banyak tulisannya.
Jom kita tengok satu-satu...
Makanan
Pantai Timur vs Jawa
Ada beberapa persamaan makanan dibawah ini yang pernah disebut Prof Emiritus Ahmed Adam sebelum ini.
Dan ada juga yang saya tambahkan sendiri berdasarkan pengalaman saya tinggal di Pantai Timur, Terengganu khususnya.
Ada banyak lagi sebenarnya. Boleh letakkan kat ruangan komen, makanan yang mungkin saya terlepas pandang.
Cuma dalam banyak-banyak makanan lain tuh tidaklah special yang hanya boleh didapati di Pantai Timur sahaja. Tapi boleh juga didapati di negeri-negeri lain di Malaysia ini, contohnya
Ini contoh makanan dengan sama, cuma dengan nama yang berbeza. Kalau saya senaraikan makanan dengan nama yang sama, sudah pastilah ada lebih banyak.
Jadi kalau kita cuma buat perbandingan di antara Selangor / Johor vs Pantai Timur, kita memang akan dapati tak banyaklah persamaan.
Kerana makanan orang Jawa yang ter-paling famous dan diketahui umum di Malaysia ini hanyalah Nasi Ambêng yang tidak wujud pun di Kelantan.
Yang rare sikit pun, macam sambal goreng Jawa, sambal tahun, puntên dan sebagainya, memang tiada di Kelantan. Malah di Selangor & Johor sendiri pun, payah nak jumpa.
Orang Jawa di Selangor & Johor pun majoritinya sudah dihimpit kemodenan. Jadi ada makanan-makanan yang tidak lagi menjadi santapan biasa bagi masyarakat Jawa di Selangor & Johor khususnya golongan muda seperti pembuatan krecek (keropok kulit lembu) dan makan pelbagai lagi jenis makanan yang diperbuat dari spare-part lembu dan ayam.
Biasa dengar "dulu embah-embah....." tapi rasanya tak pernah. Hahaha
Malah, ada orang Jawa Selangor & Johor sendiri yang terkejut bila ke Pantai Timur. Sebab mereka masih lagi makan perut lembu (babat), kaki lembu (kikil), urat keting (Minang : tunjang, Jawa : koyor), kepala lembu (cingur) dsb.
Mainly, kerana walaupun Kota Bharu & Kuala Terengganu tuh sudah menjadi bandaraya. Tidak jauh dari bandar tersebut (sekitar 5 ~ 10 minit), rakyatnya masih mengamalkan cara hidup kampung yang penuh tradisi.
Makanan-makanan tersebut bukanlah asing dalam budaya Jawa. Cuma hanya kerana orang Johor & Selangor majoritinya sudah terhambat arus kemodenan. Kadangkala, ada diantara anak-anak kita yang langsung tak pernah melihat ayam hidup.
Ayam yang mereka kenali, hanyalah dalam bentuk Ayam McD, KFC ataupun Ayam Upin-Ipin (ayam drumstick). Haha
Budaya
Pantai Timur vs Jawa
Ada beberapa budaya yang wujud di Kelantan yang telah menerima pengaruh secara terus daripada Pulau Jawa.
Malah, boleh dikatakan budaya ini amat sukar ditemukan dalam budaya masyarakat Jawa di Selangor dan Johor hari ini. Barang rare!
Di Selangor masih dilestarikan di Sungai Panjang, Sekinchan, Sabak Bernam.
Orang Jawa Malaysia dah tak ada yang membatik lagi rasanya. Aku tak pernah nampak pembuatan batik di penempatan orang-orang Jawa kat Pantai Barat nih.
Batik biasa beli kat Pasar Siti Khadijah (Kelantan), Pasar Payang (Terengganu), Duty-Free Shop Langkawi ataupun beli direct kat Shopee jer. Haha
Di Malaysia, terdapat banyak Gamelan Melayu iaitu sama seperti versi yang dimainkan di Terengganu.
Gamêlan Jawa cuma terdapat di Kraton Mbah Anang (Parit Bugis, Muar, Johor) & Sungai Panjang (Sekinchan, Sabak Bernam, Selangor).
Architecture
Pantai Timur vs Jawa
Dari satu aspek, terdapat perbezaan ketara antara seni bina khususnya rumah Bangsawan di sekitar Pantai Timur dan Jawa.
Rumah tradisional Kelantan masih mengekalkan ciri rumah panggung. Manakala rumah tradisional Jawa dibina terus di atas tanah.

Tetapi dari segi pembinaan atap, ada sedikit persamaan iaitu di Jawa biasanya menggunakan atap gentheng yang diperbuat dari tanah liat.

Di Kelantan juga masih terdapat kilang pembuatan atap tanah liat yang dikenali sebagai atap Singora yang masih wujud di Tumpat dan Bachok.
Pun begitu, hanya bahannya yang sama tetapi design-nya jauh berbeza.
Persamaannya, dua-dua jenis rumah ini mahal biaya pembinaannya dan hanya mampu dimiliki oleh golongan bangsawan.
Golongan biasa-biasa macam kita nih, hanya mampu lihat. Hahaha
Masjid Tertua
Asia Tenggara & Jawa
Di Tumpat, terdapat sebuah masjid yang tertua di Asia Tenggara yang dikenali sebagai Masjid Kampung Laut.
Masjid ini dikatakan dibina oleh pelayar yang terkandas di Kampung Laut, Tumpat yang kemudiannya bernazar untuk membina masjid di situ.
Masjid ini ada persamaan dari segi seni binanya dengan Masjid Agung Demak yang merupakan masjid tertua di Indonesia.
Atapnya berbentuk Limasan Tumpang iaitu bersusun tiga tingkat.
Bentuk atap sebegini merupakan suatu senibina yang agak umum di Asia Tenggara. Saya tidak berani mengatakan ini adalah ciri khas Jawa.
Tetapi berdasarkan pemerhatian saya, terdapat ciri khas Limasan Tumpang versi Jawa.
Iaitu kalau diperhatikan, orang Jawa biasanya memiliki "tiang Saka Guru" yang saiznya biasanya jauh lebih besar berbanding tiang-tiang lainnya.

Kedudukan tiang ini berada di bawah tumpang sari (di bahagian tengah binaan tersebut).

Di kampung saya sendiri di Kampung Tebuk Mufrad, Sabak Bernam. Masjid yang didirikan oleh Arwah Embah saya sendiri mempunyai 4 tiang saka guru walaupun tanpa ukiran tumpang sari.

Begitu juga ketika ke Masjid Gêdhe Kauman di Kuthå Ngayogyåkartå, tiang saka guru-nya sebesar pemeluk!

Tapi sayangnya, sebahagian besar masjid di kawasan sudah mengubah binaan ke struktur binaan moden kerana kurangnya ilmu tentang keunikan senibina Jawa tersebut.
Bahasa
Kita tengok pulak pada persamaan istilah dari segi bahasa.
Namun, dari segi bahasa. Bahasa Kelantan lebih hampir dengan bahasa Melayu (ragam Malayik) lainnya berbanding bahasa Jawa.
Persamaan istilah tersebut seperti istilah <nendrå> mungkin tersebar melalui wayang kulit. Kerana orang Jawa sendiri menggunakan istilah sehari-hari yang agak berbeza
Tidur (BM)
• Ngoko : Turu
• Krama : Tilêm
• Krama Inggil : Sare
Kesimpulan
Jika kita hanya membandingkan Selangor ataupun Johor dengan Pantai Timur (Terengganu & Kelantan). Ya, kita memang sukar untuk menemui titik persamaan.
Kita perlu melihat "Jawa dalam kerangka yang lebih besar".
Kerana pertukaran budaya antara Pantai Timur & Jawa bukan baru berlaku di era moden. Tapi dates back berkurun lamanya.
Malah, dikatakan pernah didirikan Kerajaan Majapahit II di atas runtuhan Empayar Chermin yang lokasinya di Kelantan.
Malah nama Terengganu dikaitkan juga dengan nama salah seorang Sultan Kerajaan Islam di Jawa (Demak Bintårå) iaitu Sultan Trênggånå (Pate Rodim).
Dan kajian sejarawan seperti Prof Ahmed Adam membuktikan wujudnya pengaruh Jawa dalam Batu Bersurat Terengganu.
Logiknya ada, kerana pada zaman dahulu Pantai Timur dipisahkan dari Pantai Barat dengan Banjaran Titiwangsa. Jadi hubungan itu terjalin melalui jalan laut.
Member discussion